Musim 2/2009 memberikan tamparan yang hebat kepada petani kerana kira-kira 95% hasil tuaian jatuh merundum. Lebih mendukakan di kawasan sebelah barat yang mana sebelum ini petani di kawasan ini mengamalkan sistem 3T (Tabur, Tinggal dan Tuai) mampu mencapai pendapatan 8 tan metrik tetapi kini hanya mendapat 800kg bagi 1.2 hektar  atau sekeping bendang. Bila diselidiki bendang tersebut terdapat padi angin yang banyak serta siput gondang emas bermahaja rela di kawasan tersebut.

Read the rest of this entry »

Drama Alif Firdaus

9 Feb
2010

Alif Firdaus 01Saya sebenarnya kurang mengambil berat akan kegiatan artis ataupun pengembaran yang kerap berlangsung di kampung saya. Apabila kehadiran ramai artis ke pekan Sungai Besar dan warga tempat sering bertanya di manakah pembikinan filem tersebut di buat dan seumpamanya membuat saya perlu memuatkan ke dalam blog ini sebagai jawapan dilemma penduduk setempat.

Read the rest of this entry »

Musim 2/2009 agak mencabar kerana di awal musim menuai kerap berlaku hujan. Menyaksikan banyak jentuai terbenam di sawah. Menerusi blog ini saya sertakan gambar jentuai yang paling besar Holand 8080 yang terbenam di Parit 2 Barat yang mengambil masa 3 hari untuk di keluarkan.

Read the rest of this entry »

Mesyuarat JKKK yang pertama telah berlangsung pada hari Isnin, pukul 9:00 malam 27 Jan 2010 Menerusi blog ini saya mempertengahkan beberapa kemudahan dan pengumuman kepada warga parit 2 dan kawasan sekitarnya.

Read the rest of this entry »

Gromax PaddyGromax Paddy yang diperkaya dengan NHA merupakan baja semburan yang dikeluarkan Oleh CCM Malaysia dengan usaha sama dengan MARDI. Ia dapat menambahkan kecekapan pengisian padi bagi mengurangkan padi sambang dan seumpamanya sejarah kajian CCM di kedah,  perak dan negeri- negeri lain menunjukkan kejayaan yang cemerlang dalam meningkatkan hasil padi perhektar. Hanya di Selangor sahaja yang masih belum dibuat penelitian keberkesanannya. Lantaran itu Pihak CCM menerusi EN Badrul meminta kebenaran mempratikkannya di sawah saya.

Read the rest of this entry »

Kemalangan bas Sabak Bernam Ekspres yang terhumban ke dalam parit berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau semalam (14/01/2010) merupakan kemalangan kali ke-2 syarikat ini. Meskipun tiada papan tanda peringatan kawasan kemalangan, ia merupakan tempat yang kerap terjadi kemalangan. Saya tidak pasti sebab terjadinya kemalangan kerana saya hadir di tempat tersebut sudah lewat petang ketika proses mengeluarkan bas daripada parit. berita selanjutnya rujuk  di Harian Sinar

Read the rest of this entry »

Slip Pembayaran AmbanlOleh sebab peristiwa ini berlaku di kawasan Sungai Besar, saya pilih untuk menempatkan ia di parit2.com. Biar menjadi makluman dan panduan penduduk setempat. Peristiwa ini terjadi kepada kakak semalam.

Read the rest of this entry »

Bagi memudahkan kakitangan awam merujuk jadual pembayaran Gaji bagi tahun 2010. Saya memuatkannya pada wajet kolum kedua dalam blog ini.(Rujuk kepada kolum yang ke-3 atau yang terkanan di bawah  Jadual Mesyuarat JKKK Pt 2, 2010) Tidak seperti blog-blog lain anda tidak perlu memuat turun jadual ini

Read the rest of this entry »

Sebelum cuti sekolah penggal ke-3 2009, Isteri saya telah memohon pinjaman Koperasi Guru Ipoh. Di Sekolah tempatnya mengajar (kawasan Sungai Besar) hanya beberapa kerat sahaja yang menjadi ahli koperasi ini, kami terpaksa pergi ke sekolahnya yang terdahulu di Klang bagi mencukupkan kuota 2 orang penjamin dan 2 orang Saksi.

Read the rest of this entry »

Beberapa hari sebelum hari raya Adil Fitri yang lalu, YB Dun Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri memberi sumbangan kepada surau kami di Parit 2. Sumbangan sebanyak RM400.00 ini berupa Cek Bank Islam cawangan Sungai Besar, Selangor.

Read the rest of this entry »

top