Siapa Ali Bohir? Majistret , lawyer atau ahli muzik. Oh! No.. bukan, bukan dia adalah kontraktor yang menanam padi candung dari Sekinchan hinggalah kawasan Perak Selatan tetapi kenapa dia begitu popular menjadi perbualan hangat warga kedai kopi di sekitar sini. Untuk mencari jawapannya rujuk perenggan-perenggan berikutnya.
Bendang saya telah 2 kali menanam padi menggunakan khidmat beliau. Pada kali pertama rumpun padi yang ditanamnya sangat kecil dah tu sangat jarang jaraknya antara satu sama lain. Bukan sahaja puyuh senang berlari tetapi babi hutan (kalau ada) selamba katak aje lari celah lorong tersebut. Lalu berduyun-duyunlah petani membuat aduan ke Pejabat Pertanian Kawasan Sungai Besar kerana ia merupakan projek pertanian kelolaan Pejabat Pertanian Daerah Sungai Besar di bawah Projek Pertanian Berpusat.
Namun bagi mengubati hati kami yang terluka, ia menghantar lebih kurang 30 keping anak benih padi untuk tujuan menanam padi. Bagi mereka yang masih ada kudrat turunlah ke bendang menyulam di antara celah- celah lorong padi yang di tanam secara candung Ali Bohir. Bagi mereka yang dah kurang kudratnya ataupun sibuk sepanjang masa seperti saya terpaksalah mengupahkan orang tertentu untuk melakukan tugasan ini dengan upahnya sebanyak RM 17.00 sepagi. Oleh sebab mereka 5 orang dan 2 kali turun maka saya membayar upah tersebut sebanyak RM 170.00. Anak padi yang diberikan secara percuma oleh Ali Bohir tidak mencukupi, lalu saya terpaksa membeli sebanyak 45 keping lagi dengan harga RM 2 setiap satu dan jumlahnya RM90.00. secara tidak langsung Ali Bohir telah meningkatkan lagi kos operasi sebanyak RM260.00
Namun setelah hampir 2 tahun ia berlalu pada musim 2/2009 sekali lagi bendang saya ditanam secara candung oleh Ali Bohir. Dalam aspek rumpun yang ditanam lebih besar sedikit berbanding dahulu manakala jarak antara rumpun padi dengan skala 16- 18 antara satu sama lain tetapi yang malangnya hanya lebih kurang 10 keping anak padi yang di tinggalkan untuk menyulam. Ada yang bertanya kepada pemandu jentera candung kenapa hanya sedikit yang ditinggalkan untuk menyulam. Mereka menjawab nanti kami kena marah dengan Ali ataupun Rahim (pengurus projek Ali Bohir).
Begitu juga bendang saya, mereka meninggalkan kira-kira 3 kaki sejauh 10 rantai ataupun 1110 kaki di tepi batas kerana bekas parit racik dan tanahnya masih tidak stabil lagi tetapi kenapa tidak meninggalkan kira-kira 30 keping anak padi benih untuk menyulam kawasan tersebut. Apabila saya menelefon Rahim memberitahu perihal tersebut, tanpa rasa bertanggungjawab dia menjawab “maaf la benih dah habis la”. Bagi mengisi tempat yang kosong tersebut saya terpaksa cabut padi yang di tanam di tepi ruang kosong untuk dipecahkan kepada 2 atau 3 bahagian. Setelah 5 hari berhempas pulas, akhirnya siap juga saya menyulam kawasan tersebut.
Baru-baru ini saya pergi kursus anjuran kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat) yang diselia oleh Pejabat Pertanian selama 3 hari 2 malam di Marina Cove Resort Lumut. Di akhir kursus tersebut, kami berbincang dan bertukar-tukar fikiran termasuklah kisah Ali Bohir mereka adukan kepada Jabatan Pertanian Shah Alam, antara yang mereka adukan ialah;
Perihal petak benih anak padi, biasanya bagi satu beg benih 20Kg benih akan mendapat 80 petak benih anak padi candung tetapi bagi Ali Bohir ia mendapat 100 keping benih anak padi candung. Ini bermakna jumlah anak padi sedikit ataupun jarang.
Kontraktor candung Cina, Lim Sekinchan akan menanam padi secara candung di Sekinchan dengan skala 14 lebih rapat dan ternyata petani di sana memperoleh pendapatan 10 tan tetapi kena Ali Bohir menanam dengan skala 16 -18 yang lebih jarang. Bagaimana petani di kawasan Sungai Besar ini khasnya petani Melayu untuk mendapat pendapatan 10 tan.
Petani di kawasan Sungai Besar pernah menyuarakan supaya disediakan seseorang yang ditugaskan mengekori jentera candung untuk menyulam dan juga bertindak memberitahu pemandu jentera jika wujud masalah tertinggal ataupun bahagian penanaman menghadapi masalah. Sehingga sekarang tiada tiadakan balas dari aduan tersebut.
Mereka juga mempersoalkan, pembelian jentera tanam padi candung ini menerusi PPK dengan hanya pembayaran separuh harga kenapa perlu berjimat dari aspek benih yang dibuat, yang diberikan kepada petani, kos buruh yang dikurangkan dan juga berjimat dari aspek menanam padi secara jarak Yang jarang. Lalu mereka merumuskan yang Ali Bohir hanya memikirkan keuntungan/ tembolok sendiri tanpa mengira nasib bangsa, dasar makanan negara ataupun dasar kerajaan negeri meningkatkan hasil kepada 10 Tan setiap hektar. Ia benar-benar memanfaatkan keadaan bahawa hanya dia sahaja kontraktor candung bumiputera. Kita memberikan projek ini kepadanya kerana ingin membantunya tetapi dia tidak sekali-kali ingin membantu petani dan juga kerajaan.
Yang benar

2 Responses to Halangan Utama Untuk Memacu Ke Arah 10 Tan Padi Sehektar
Azila
December 9th, 2009 at 12:59 pm
Memang sedih bila bangsa sendiri menganiaya …. ini bukan satu kes saya dengar. Banyak. bangsa kita bila dah dapat peluang, cuma nak isi tengkolok sendiri jer.
I pun sedang mengalami masalah yg hampir sama. Faraid pusaka arwah my dad.. dah siap perbicaraan dan dipersetujui pembahagiannya. Tinggal lagi nak dapatkan tandatangan ‘approve’ untuk surat kuasa. Nak dapat tanda tangan itu saja, I tunggu 14 bulan.
» Masih ada jalan Penyelesaiannya Agenda
February 11th, 2010 at 12:45 am
[...] agar pesawah tersebut membuat pilihan ke-3 iaitu menanam secara candung tetapi bukan daripada Syarikat Ali Bohir. Kemudian naikkan air secara perlahan- lahan. Sekurang-kurang padi induk yang ditanam membesar [...]