Perihal


Parit 2 merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Sungai Besar, Selangor. Ia di lintangi oleh dua batang jalan yang mana ia membahagi kepada 3 bahagian. Bahagian tertimur sekali diberi nama Parit 2 Sungai Haji Dorani, Bahagian tengah diberi nama Parit 2 Timur, kadang kala ia juga disebut Parit 2 Tengah dan bahagian barat dipanggil Parit 2 Barat.

Masjid bagi kampung ini di kenali sebagai Masjid Nurdiniah. Ia terletak di Parit 2  Sungai Haji Dorani.

Parit 2 timur  juga terbahagi kepada 2 iaitu bahagian udara di bawah kepimpinan Sidang (Ketua Kampung) Ramli bagi Negeri dan sidang Abu Lani bagi Pusat. Manakala pada bahagian Selatan ia dipimpin oleh Sidang Haji Ahmad Sobri.

Hampir 90% daripada penduduk di sini merupakan pengusaha sawah padi. Di samping itu juga ada sebahagian daripadanya memiliki kebun kelapa sawit di kawasan lain.

Kerja –kerja lain di sektor pertanian ialah mengusahakan penternakan cacing, wujud 3 pengusaha cacing di bawah pemerhatian Penolong Pegawai Pertanian Kawasan iaitu Pn Salbiah Abdul Sani. Pengusaha penternakan cacing tersebut ialah Md. Zabidi Salleh (lutsinar@gmail.com ), Ibrahim Shahdan dan juga Haji Abdullah Anang. Selain daripada itu ada juga yang bekerja dengan TNB, JAS dan juga menjawat jawatan guru sekolah.

Meskipun kami di sini terdiri daripada bangsa banjar sebagai majoriti dan juga ada bangsa Jawa, berfaham politik Umno dan juga Pas , kami tetap aman damai, menghormati satu sama lain.


Blog ini dimiliki sepenuhnya oleh lutsinar (Profil lutsinar). Beliau juga pemilik bagi blog pelbagai cerita.

 

Harap Maklum.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • email
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks